
Bahasa Melayu 5
Arahan keselamatan
Jika alat anda pincang tugas atau jika rekahan, retakan
atau pecahan kelihatan:
• matikan semua zon memasak;
• putuskan hob daripada bekalan utama; dan
• hubungi pusat perkhidmatan tempatan anda.
Jika terdapat rekahan di bahagian atas dapur, matikan
alat untuk mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Jangan gunakan hob sehingga permukaan hob telah
digantikan.
Jangan gunakan hob untuk memanaskan kerajang
aluminium, produk yang dibalut dengan kerajang
aluminium atau makanan sejuk beku yang dibungkus
dengan alat memasak aluminium.
Cecair antara bahagian bawah kuali dengan hob boleh
menghasilkan tekanan wap. Tekanan ini mungkin
menyebabkan kuali melanting. Sentiasa memastikan
bahawa plat panas dan bahagian bawah kuali kering.
Zon memasak akan menjadi panas ketika anda memasak.
Sentiasa jauhkan kanak-kanak daripada alat.
Jauhkan semua bahan pembungkusan daripada jangkauan
kanak-kanak, kerana bahan pembungkusan mungkin
berbahaya kepada kanak-kanak.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa
alat sedang beroperasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak
berusia kurang daripada 8 tahun.
AWAS
Pastikan alat dipasang dan dibumikan dengan betul oleh
juruteknik berkelayakan.
Alat seharusnya diservis hanya oleh kakitangan servis
yang berkelayakan. Pembaikan yang dilakukan oleh
individu yang tidak berkelayakan boleh menyebabkan
kecederaan atau pincang tugas yang serius. Jika alat anda
perlu dibaiki, hubungi pusat perkhidmatan tempatan anda.
Kegagalan untuk mengikut arahan ini boleh menyebabkan
kerosakan dan membatalkan waranti.
Alat sangkut sedatar boleh dikendalikan hanya selepas ia
dipasang dalam kabinet dan tempat kerja yang mematuhi
standard berkaitan. Ini memastikan perlindungan yang
mencukupi terhadap sentuhan kepada unit elektrik seperti
y ang diperlukan oleh standard keselamatan asas.
C61R2AEE_XSM_DG68-00878A-01_MS+ZH+EN.indb 5 2017-06-08 5:39:38
Comentarios a estos manuales