Samsung C61R2AEE Manual de usuario Pagina 12

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 60
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 11
12 Bahasa Melayu
Kegunaan hob
Kegunaan hob
Pembersihan awal
Lap permukaan kaca seramik dengan kain lembap dan pembersih kaca dapur seramik.
AWAS
Jangan gunakan pembersih kaustik atau melelas. Permukaan mungkin rosak.
Menggunakan peralatan memasak yang bersesuaian
Kuali yang lebih baik menghasilkan masakan yang lebih baik.
Anda boleh mengenalpasti kuali yang baik berdasarkan bahagian dasarnya. Bahagian dasar
sepatutnya setebal dan serata yang mungkin.
Apabila membeli kuali baru, beri perhatian kepada diameter dasarnya. Pengilang selalunya
hanya memberikan diameter rim bahagian atas.
Periuk dengan dasar aluminium atau tembaga boleh menyebabkan perubahan warna logam
pada permukaan kaca seramik. Perubahan warna ini sangat sukar atau tidak mungkin dapat
ditanggalkan.
Jangan gunakan kuali yang diperbuat daripada besi atau dasarnya telah rosak dengan
pinggir yang kasar atau bergerigi. Calar kekal boleh berlaku jika kuali ini dileretkan di atas
permukaan.
Apabila sejuk, dasar kuali biasanya mengecut sedikit ke dalam (cekung). Ia tidak sepatutnya
sekali-kali mengembung ke luar (cembung).
Jika anda ingin menggunakan periuk jenis khas, contohnya, periuk tekanan, periuk mereneh
atau wok, sila ikut arahan pengilang.
Penunjuk haba baki
Apabila zon memasak individu atau hob dimatikan, kehadiran haba baki ditunjukkan dengan
(untuk “panas”) pada paparan digital zon memasak yang sesuai. Walaupun selepas zon
memasak telah dimatikan, penunjuk haba baki akan terpadam hanya selepas zon memasak
menyejuk.
Anda boleh menggunakan haba baki untuk mencair beku atau mengekalkan kepanasan
makanan.
AWAS
Selagi penunjuk haba baki bernyala, terdapat risiko terbakar.
Jika bekalan kuasa terganggu, simbol akan terpadam dan maklumat tentang haba baki
tiada lagi. Walau bagaimanapun, ia masih boleh menyebabkan melecur pada diri anda. Ini
boleh dielakkan dengan sentiasa berhati-hati semasa berada berhampiran hob.
Bahagian dan ciri
C61R2AEE_XSM_DG68-00878A-01_MS+ZH+EN.indb 12 2017-06-08  5:39:40
Vista de pagina 11
1 2 ... 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 ... 59 60

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios